Tutup

Pencawang masuk utama di MRT Cochrane runtuh

Sebahagian kecil lantai bangunan Pencawang Masuk Utama (PMU) MRT Cochrane yang sedang dalam pembinaan runtuh pada jam 5.30 petang tadi. Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kejadian dipercayai berlaku apabila perancah tapak lantai (staging for floor slab) di tingkat tiga runtuh ketika kontraktor sedang melakukan kerja-kerja menuang konkrit di tingkat tersebut.