Pencemaran kimia: Apa langkah keselamatan seterusnya?

Sejak semalam, rakan setugas Fareez Azman berada di Pasir Gudang untuk memberi liputan menyeluruh gelombang pencemaran sisa kimia. Selepas hampir seminggu, bilangan mangsa terjejas makin meningkat. Begitu juga sekolah yang ditutup. Petang tadi baru sahaja selesai sidang media Menteri Besar, Datuk Othman Sapian bersama Menteri Kesihatan dan Menteri Tenaga Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi mencari jalan terbaik langkah seterusnya mengenai insiden tidak pernah berlaku dalam sejarah di Malaysia ini.