Pencemaran Sg Kim Kim: Polis giat buru lelaki warga Singapura

Polis giat memburu seorang lagi suspek warga Singapura yang dipercayai terbabit dalam kes pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd suspek yang dipercayai pemilik sebuah syarikat turut disenarai orang dikehendaki.