Tutup

Pencemaran Sungai Kim Kim: Kerajaan ambil langkah sewajarnya

Kerajaan kini sedang mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan nyawa penduduk di Pasir Gudang tidak terancam akibat pencemaran kimia Sungai Kim Kim. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau sendiri akan ke Pasir Gudang hari ini untuk melihat sendiri situasi sebenar sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat termasuk mengisytiharkan darurat bencana atau sebagainya.