Tutup

Pendaki cedera selepas terjatuh di Bukit Tobat

Seorang pendaki wanita cedera selepas terjatuh ketika menuruni Bukit Tobat, Hulu Dungun, Terengganu bersama dua puluh empat pendaki lain. Wanita berusia 49 tahun itu patah kaki kiri dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengahari Isnin.