Tutup

Pendaki maut ketika turun dari gunung Kinabalu

Seorang pendaki gunung Kinabalu meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika turun dari puncak gunung itu pada Ahad. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sabah berkata mangsa, Nazri Omar, 48, dari Bandar Baru Bangi, Selangor dilaporkan terpisah dan hilang daripada kumpulannya ketika menuruni gunung itu pada kira-kira jam 1.15 tengah hari. Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) melibatkan pasukan bomba bantuan Sar di gunung (MOSAR), kakitangan taman-taman Sabah dan malim gunung digerakkan di sekitar kilometer 8 laluan menuruni gunung tersebut di mana mangsa dilaporkan hilang.