Pendaki terkandas di puncak gunung Annarpurna berjaya dikesan

Seorang pendaki Malaysia yang terkandas berhampiran puncak gunung Annarpurna, Nepal dilaporkan telah berjaya dikesan. Kelibat Wui Kin Chin, 48 tahun dilihat ketika melambai tangannya meminta pertolongan kepada pasukan penyelamat yang meninjau dengan helikopter. Perkara itu disahkan oleh seorang kakitangan Kedutaan Malaysia di Nepal, ketika dihubungi Astro AWANI.