Tutup

Pendaki warga Malaysia meninggal dunia

Seorang pendaki warga Malaysia yang terkandas selama dua malam di Gunung Annapurna, Nepal, sebelum diselamatkan minggu lalu, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura (NUH) pada Khamis. Menurut laporan media, Dr Chin Wui Kin, 49 tahun, seorang pakar bius di Hospital Besar Ng Teng Fong Singapura, pada mulanya dirawat di sebuah hospital di Kathmandu, Nepal sebelum diterbangkan ke Singapura pada hujung minggu lalu untuk rawatan di hospital NUH.