Pendedahan kandungan lucah kalangan kanak-kanak

Semalam, laporan Astro AWANI melaporkan bahawa ada kanak-kanak seawal usia dua tahun sudah terdedah dengan kandungan lucah di internet. Bagaimanapun statistik yang diperoleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pula memberi bayangan, tidak semua penguna internet kanak-kanak dan remaja cenderung untuk menonton kandungan lucah dengan sengaja.