Pendengaran awam RCI Wang Kelian bermula hari ini

Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. Ia yang bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang disertai tujuh anggota, diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bersama Timbalan Pengerusi, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai.