Pendeposit TH perlu kemaskini maklumat dan buku akaun

Pendeposit Tabung Haji yang menunggu giliran atau rayuan untuk mengerjakan haji diminta mengemaskini buku serta nombor telefon terkini bagi memudahkan pihak Tabung Haji menghubungi mereka. Ia bagi membolehkan mereka mengambil slot yang dikosongkan jemaah yang tidak dapat menunaikan haji di saat-saat akhir.