Pendidikan seks: Empat kementerian termasuk D11 Bukit Aman bekerjasama

Empat kementerian termasuk Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman, D11 akan bekerjasama dalam memastikan masalah gejala sosial diatasi secara menyeluruh sekali gus membincangkan elemen pendidikan seks dalam mata pelajaran di sekolah. Ia terdiri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan.