Penduduk gempar 'kentoi' masuk kampung

Kampung Long Ban, Simpang Empat, Perlis gempar dengan kehadiran seekor beruk jenis - kentoi, yang berkeliaran sekitar kediaman dan kandang kambing milik penduduk. Beruk spesis ini sukar dijadikan peliharaan, kerana sifatnya yang agresif dan berbau busuk. Ini sekaligus menolak andaian, ada penduduk yang membela haiwan spesis terancam.