Penduduk resah, isu babi Paya Mengkuang belum selesai

Isu pencemaran air Sungai Tuang di Alor Gajah sudah berlarutan sejak 60 tahun lalu. Ia didakwa berpunca dari ladang ternakan babi Paya Mengkuang. Lebih 4,000 penduduk serta pengusaha chalet di kawasan sekitar kini mula hilang sabar.