Penduduk Tawau tiada rasa gegaran tetapi berwaspada

Penduduk di pantai Timur Sabah berada dalam keadaan waspada dan berjaga-jaga susulan gempa bumi yang melanda Selatan Filipina pagi sabtu yang boleh membawa ancaman Tsunami. Bagaimanapun, tinjauan Astro AWANI di Bandar Tawau mendapati, orang ramai masih lagi menjalankan aktiviti seperti biasa dan tiada gegaran dirasai penduduk.