Tutup

Penduduk Teluk Intan seru pihak berkuasa ambil tindakan tangani banjir

Mangsa banjir di beberapa kampung di Changkat Jong, Teluk Intan merayu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan mereka. Banjir itu dikatakan berpunca akibat aliran air Sungai Sungkai dan Sungai Bidor yang bertembung di Changkat Jong dan melimpah ke kampung berhampiran.