Penduduk trauma kejadian sama berulang dalam tempoh 3 bulan

Bagi penduduk ada juga yang merasa terkilan akan insiden kali kedua membabitkan pencemaran udara dan bahan kimia. Lebih penting, tahap keselamatan mereka yang terus menjadi tanda tanya ketika ini meskipun pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa dalam memastikan insiden sama tidak berulang.