Penduduk trauma limpahan Sungai Pinang

Limpahan air dari Sungai Pinang antara punca berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di Pulau Pinang awal pagi tadi. Penduduk mendakwa sungai pinang tidak mampu menampung peningkatan kapasiti air, setiap kali hujan lebat dan air laut pasang, kerana ia menyebabkan air sungai melimpah dan memasuki rumah mereka.