Tutup

Penemuan serpihan pesawat, perkukuh teori MH370

Penemuan beberapa serpihan pesawat di sekitar perairan Afrika Selatan yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 perkukuhkan lagi teori pesawat itu berakhir di Lautan Hindi. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata berikutan itu kerajaan terus berusaha mencari pesawat terbabit walaupun berdepan pelbagai kesukaran termasuk kos pencarian yang meningkat dari masa ke semasa.