Tutup

Penemuan tengkorak tiada unsur jenayah - Polis

Tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan penemuan empat tengkorak dan tulang manusia yang ditemukan di dalam tempayan di Kawasan Bukit, Kampung Baru Nalla, Tronoh pada tengah hari Selasa. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar mengesahkan kesemua tulang yang dijumpai berselerak dan telah lama reput dipercayai telah berada di lokasi itu sejak puluhan tahun lalu.