Penentuan nasib 5 calon PRK Sandakan bermula

Penentuan nasib lima calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan bermula secara rasmi 8 pagi ini apabila 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi awal. Dua pusat mengundi dengan dua saluran dibuka tepat jam 8 pagi iaitu di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan dan Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.