Tutup

Peneroka didakwa ditipu sindiket jual tanah rizab

Lebih 200 peneroka di Rancangan Tanah Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan mendakwa berlaku sindiket menjual tanah rizab membabitkan tapak rumah, dewan orang ramai, pondok bit polis dan dewan aktiviti belia sejak sebulan lalu. Mereka mendakwa sindiket itu menawarkan RM650 kepada setiap generasi kedua bagi memiliki satu lot rumah.