Pengadu dakwa anak mangsa dera pengasuh sama

Seorang lagi pengadu tampil membuat laporan polis terhadap pengasuh yang dipercayai mengakibatkan kematian bayi lelaki berusia 9 bulan, Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar di Manjung, baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, pengadu berusia 26 tahun itu menghantar anak lelakinya kepada pengasuh yang sama.