Tutup

Pengalaman MH17 mantapkan unit DVI PDRM

Nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai tahun lalu membuka lembaran baharu bagi pasukan penyiasat malaysia khususnya Polis Diraja Malaysia, PDRM dalam usaha memantapkan unit pasukan pengecaman mangsa bencana, DVI bagi misi seterusnya. Penglibatan pasukan berkenaan dalam proses mengenal pasti identiti mangsa di belanda digunakan sebagai iktibar untuk menstruktur semula operasi pengurusan bencana PDRM.