Penganalisis: Bersatu perlu cari mekanisme bantu ketua bahagian

Budaya memberi bantuan atau projek kepada ketua bahagian parti politik pastinya satu sikap buruk yang harus dibuang. Namun, pimpinan tertinggi parti tidak boleh mengharapkan ketua bahagian melakukan semua kerja-kerja parti tanpa apa-apa bantuan langsung. Menurut Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian, beban membantu ketua bahagian terletak pada bahu parti politik itu sendiri.