Penganalisis: BN-Pas sepatutnya tumpu negeri yang boleh menang

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berpendapat Barisan Nasional dan Pas sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha membentuk kerajaan campuran di negeri yang boleh menang, iaitu Perak dan Kedah. Malah katanya, usaha berkenaan sepatutnya sudah lama dilakukan di perak iaitu selepas pilihan raya umum lalu.