Penganalisis: Impak sekiranya Bersatu ke Sabah

Cadangan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menapak ke Sabah harus diperhalusi sebaik-baiknya bagi menjaga hubungan dalam kalangan parti di bawah Pakatan Harapan. Penganalisis Politik USM, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berpandangan, perjanjian 'adik beradik' sebelum ini di antara Bersatu dan Warisan harus diambil kira kerana ia membabitkan hubungan langsung di antara kerajaan negeri dan persekutuan.