Penganalisis: Peralihan kuasa kepada Anwar perlu berjalan lancar

Peralihan kuasa antara Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berjalan lancar dan tersusun supaya tidak menganggu gugat kestabilan negara. Penganalisis Politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, peralihan kuasa sepertimana dilakukan Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2002 mungkin boleh dilaksanakan sekali lagi supaya ia tidak melahirkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.