Penganggur didakwa rogol dua gadis bawah umur

Seorang penganggur menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini menawarkan jaminan RM20,000 terhadapnya yang didakwa merogol dua remaja perempuan bawah umur, tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Shahril Ambry Pazeli, 26 tahun yang mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di dua mahkamah berasingan, dihadapan Hakim Norma Ismail dan Hakim Elesabet Paya Wan.