Tutup

Penganggur didakwa ugut bunuh ibu

Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada selasa atas pertuduhan mengugut untuk membunuh ibu kandungnya selepas dipercayai gagal mendapatkan sejumlah wang yang dimahukan, Julai lalu. Tertuduh, Muhammad Nurahaddin Md Dali, 24 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.