Penganggur dituduh bunuh juruteknologi pergigian

Seorang pemuda didakwa selepas dipercayai membunuh juruteknologi pergigian Klinik Kesihatan Lukut, akhir Januari lalu. Tertuduh, Abdul Malik Rosli, 20 tahun yang berasal dari Senai, Johor didakwa melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian Mahussin Abdul Rahim, 28 tahun di kediaman mangsa di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut, Port Dickson.