Penganggur perlu disuntik ilmu untuk tawan majikan

Tidak dinafikan, golongan belia dan graduan antara kumpulan yang paling ramai menganggur. Ada di antara mereka masih gagal mendapat pekerjaan walaupun sudah bertahun-tahun tamatkan pengajian Akibatnya, mereka hanya duduk diam di rumah tanpa berbuat apa-apa. Bermatlamat mahu menamatkan "aliran" itu, Protege mengambil inisiatif, membuka peluang pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran bukan sahaja dalam kalangan graduan, tetapi juga mereka yang kehilangan pekerjaan.