Pengasas produk kecantikan Dnars maut dalam kemalangan

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincares, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand. Faziani Rohban Ahmad, 39 tahun, maut di lokasi kejadian akibat parah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan, manakala suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera.