Pengebumian 'Bomba Hero Kami'

Jenazah Allahyarham Mohd Fatah Hashim yang lemas dalam Operasi Mencari dan Menyelamat mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Beserah, Kuantan, pada jam 4 petang tadi.