Pengecilan saiz penjawat awam, kuota 1 peratus OKU tidak terjejas

Kuota khas 1 peratus pengambilan orang kelainan upaya (OKU) sebagai penjawat awam tidak akan terjejas susulan pengecilan saiz penjawat awam yang sedang dipertimbangkan kerajaan ketika ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan masih memerlukan ramai individu berkelayakan dalam kalangan oku untuk memenuhi kekosongan yang sedia ada dalam sektor awam.