Tutup

Pengetua sekolah didakwa cabul empat pelajar

Seorang pengetua sebuah sekolah di Butterworth didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya tahun lepas. Tertuduh Zainuren Mohamed, 55 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan kakim Noor Aini Yusof dan hakim Norhayati Mohamad Yunus.