Pengganas New Zealand didorong fahaman sempit - Waytha Moorthy

Perlakuan pengganas dalam insiden tembakan di New Zealand pada Jumaat didorong oleh fahaman sempit, yang akhirnya menjadi amalan pengganas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy berkata, ia sekali gus mengakibatkan masyarakat Islam yang tidak berdosa menjadi mangsa.