Tutup

Pengguna laluan kecemasan tanpa sebab perlu disaman

Jabatan Keselamatan Jalan Raya, JKJR mahu pengguna henti menyalahgunakan laluan kecemasan di lebuh raya. Ketua Pengarahnya, Abdul Ghafar Yusof menegaskan sikap pengguna ambil mudah serta sambil lewa terhadap fungsi laluan itu, mengundang risiko kemalangan hingga adakalanya menyebabkan korban jiwa.