Tutup

Penggunaan telefon penyumbang kemalangan

Tindakan membalas Whatsapp semasa memandu menjadi antara penyumbang risiko kemalangan jalan raya di negara ini. Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, MIROS, Prof. Dr. Wong Shaw Voon, ia menjadi kebiasaan kepada sesetengah pengguna walaupun Whatsapp atau mesej yang diterima ketika itu bukan kecemasan atau suatu yang penting.