Penghantar ayam maut tersepit lif

Seorang remaja yang bekerja sebagai penghantar ayam maut selepas tersepit pada lif di tingkat tiga sebuah restoran terkenal di Georgetown Pulau Pinang pagi Ahad. Mangsa Mohammad Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala apabila tubuhnya tersangkut di lif barang di restoran berkenaan.