Penghulu, Penggawa Kampung dilantik sebagai agen KPDNHEP

Penghulu dan Penggawa Kampung kini memikul tanggungjawab menjadi penolong pengawal harga, penolong pengawal bekalan dan inspektor timbang dan sukat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Seramai 500 penghulu dan pengawa daripada seluruh negeri di semenanjung menerima watikah pelantikan daripada menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Ahad.