Tutup

Pengidap kusta meningkat akibat lambakan warga asing

Jumlah pengidap penyakit kusta kembali meningkat selepas tahun 2011. Puncanya lambakan pendatang warga asing di negara ini. Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, negara hampir mencapai sasaran bebas kusta sejak program eliminasi kusta yang mensasarkan kadar prevalen satu kes bagi setiap 10 ribu penduduk dilancarkan pada 1991.