"Penguasaan Bahasa Inggeris belia lagi hebat dari saya" - Tun M

Bukan sahaja peguasaan Bahasa Inggeris belia yang hadir mendapat pujian, malah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut memuji tahap pengetahuan golongan belia terhadap isu-isu semasa. Jelas beliau, golongan belia masa kini memahami apa yang ingin disampaikan kerana mereka mempunyai idea yang sangat jelas untuk apa yang harus mereka lakukan.