Penguatkuasaan JAS akan diperkasa

Kerajaan akan memperkasakan penguatkuasaan dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang melakukan pencemaran. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi , Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, perkara itu bagaimanapun memerlukan sedikit masa dalam memastikan ia dilaksanakan dengan berkesan.