Tutup

Pengumuman keputusan PRK Port Dickson

Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson baru dengan 31,016 undi dan majoriti sebanyak 23,560 undi, menurut Pegawai Pengurus PRK Port Dickson Khairy Maamor. Anwar berjaya menewaskan enam lagi pencabarnya daripada parti Pas dan Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini dengan ini sekaligus menjawab teka-teki adakah Anwar mampu mendapat undi majoriti tinggi bagi mendapat mandat untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.