Penguna bawa larangan merokok ke mahkamah?

Polemik mengenai larangan merokok di kedai makan belum berakhir. Permohonan semakan kehakiman oleh tujuh individu terhadap perintah larangan berkuat-kuasa 1 Januari itu dianggap sebagai hak untuk berlaku adil kepada golongan perokok. Pengamal undang-undang, adnan seman berpendapat semakan kehakiman itu adalah wajar untuk meneliti permohonan dan menentukan sekiranya larangan itu bercanggah dengan perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan.