Pengundi akan persoalkan lantikan Latheefa Koya

Lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi kesan terhadap pengundi bandar dan pengundi atas pagar yang memilih Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Selangor, Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh berkata pengundi bandar akan melihat janji manifesto yang telah dibuat sebelum ini.