'Pengurangan cukai untuk program seni dan budaya' - Bahktiar Wan Chik

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata inisiatif yang diambil oleh RHB perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat korporat lain. Menurutnya, sesebuah syarikat boleh memohon pengurangan cukai sebanyak RM700,000 maksimum bagi program berasaskan kesenian dan kebudayaan. Pada masa sama, ia boleh membantu memperkasa industri seni dan budaya di Malaysia.