Tutup

Peniaga dituduh bunuh polis dihadapkan ke mahkamah

Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar, Johor atas pertuduhan membunuh seorang anggota polis di Sungai Abong pada akhir bulan lalu. Tertuduh, R M. Azrull Hisyam Hussin, 32 tahun, dituduh membunuh Koperal Roydin Jamaluddin di Kampung Tengah pada 30 April lalu.