Peniaga mula berkira dalam jual beli, keluhan peniaga Pasar Filipina

Ekonomi yang semakin mencabar pada abad ini banyak memberi kesan terutamanya golongan peniaga tempatan di negeri Sabah. Sebagai contoh, Pasar Filipina yang menjadi nadi ekonomi Kota Kinabalu sekali gus memberi limpahan kepada bukan sahaja peniaga tempatan tetapi juga penduduk setempat.